By Nurfarhana shahira Rosly

anda hebat tahu?

Jamuan makan malam terakhir untuk sem ini berakhir dengan tragedi. Pergh tajuk !

Sem ini kami tidak ketinggalan mengadakan jamuan.Almaklumlah kelas terakhir pon malam ni. Masing- masing sibuk nak balik rumah dah.

Menu: Spageti . wutwutt !

Dan yang paling mengejutkan kawan-kawan buat kejutan hari lahir. Hari jadi kami 4 orang bulan 7. Selalu jugak la mengadu tak dapat sambut hari lahir sebab kalau bulan 7 mesti jatuh pada cuti semester.

Maka, kami dikejutkan dengan nyanyian hari lahir dari kawan-kawan baik. dan juga kek yang sangat sedap !


Untuk mariposa yang tersayang.
makngah, nenek, mak, ija, pah, dan ain. tahniah dapat jadi pelakon yang baik. Aku rasa korang patut pergi ujibakat jadi pelakon laa.
untuk mak usu , akak ika, wan dan aku sendiri . Wey, kita dah 22 awal la. Tahniah jugak sebab berjaya dikejutkan. 

Himpunan sejuta belia di Putrajaya 2012.
Sangat seronok! jadi sukarelawan je di pagi ahad.




Lepas penat bertwtup campus , malam tu kawan baik ajak lepak mamak.
Kami tak lepaskan peluang selepas teringat nak makan burger bakar dengan milo tabur kat sana.
Alkisahnya, saya dan rumet ternampak gambar burger bakar masa makan roti canai hujung minggu lepas.
Jadi, mari terliur dengan gambar ini .


milo tabur yang sangat mantap ! teringin lepas tengok kawan post kat fb tengah-tengah malam masa ulangkaji untuk mid sem.


ha, ni aku punya. burger daging bakar biasa. macam biasa, taknak sayur. sos black paper dia memang mantap. daging macam makan 3 keping daging beger yang biasa tu.
Harga : rm7


ni rumet kesayangan punya. Burger daging cheese bakar. Siap ada nenas woo.
harga : Rm8


okay, sem depan ramai-ramai pergi lawatan 5 minit.

Hari ni pulak ( 26 Mei 2012 )

Mari berTWT UP CAMPUS.
Sebagai tanda sokongan dekat kawan - kawan twitter.
Ok, saya teruja dengan buku-buku yang dijual. = = '
Bengkel hijab and style pon sangat best .







yeah , saya suka aktiviti macam ni . 
dapat tahu pasal taktik kamera.

* esok jumpa di Putrajaya

Ingin berkongsi teater hebat dari UPM.
Props busana hebat, tahniah krew produksi .
Tarikh 20 Mei 2012 , Panggung Percubaan UPM.
Teruja sebab pelakon semua satu fakulti, satu batch.