Aku masih ingat sekitar beberapa minggu lepas , dimana minggu perbentangan subjek Sejarah Kesusasteraan Melayu .
Soalan yang aku utarakan kepada pembentang di hadapan yang membentangkan tajuk " perkembangan novel - novel Melayu di Malaysia " . Soalan aku , " Terdapat penggunaan bahasa rojak dan bahasa Inggeris dalam penghasilan novel Melayu di Malaysia . Berikan pendapat anda " .
Aku menjangkakan bahawa pembentang manis di hadapan akan menjawab , novel yang dikeluarkan perlu menggunakan seratus peratus bahasa Melayu dan fenomena ini tidak seharusnya dibiarkan terus - terusan menongkah dunia penulisan di Malaysia . Tapi , ahhh itu sekadar jawapan yang aku dan kawan - kawan kehendaki . Saudari manis di hadapan hanya menjawab " itu tidak salah , dan blablabla dan yang lebih manis , beliau bilang aku tidak belajar unsur pencampuran bahasa .
Maafkan aku jika corak pemikiran aku berbeza . Cuma aku punya pendapat aku sendiri . Kenapa fenomena ini mesti dimungkirkan berlaku . Ini pandangan aku .
Pertama .
Aku melihat , untuk meletakkan bahasa Melayu itu di tahap yang tersendiri , kita tidak perlu menggunakan campuran bahasa Inggeris dalam penulisan . Memang ada yang mengatakan , ia sesuai untuk menggambarkan watak , lokasi , status kehidupan . Tetapi , apa salah penggunaan I dan You itu digantikan dengan Awak dan Saya . Adakah karya luar yang diangkat setinggi tinggi martabatnya sehingga dapat diantarabangsakan telah menukar karya mereka dengan bahasa lain ? Mereka masih percaya bahawa bahasa mereka MAMPU . Perlukah kita semata menukarkan bahasa Melayu kepada bahasa lain untuk mengantarabangsakan karya sastera . Jika baik isinya , jika baik penulisannya , maka karya akan masih diangkat . Melayu itu hebat , bangsa Melayu itu hebat , mengapa perlu bimbang dengan BAHASA Melayu ?
Kedua .
Aku melihat , penggunaan bahasa luar itu akan membuatkan pengkarya nampak benar kelemahannya . Pengkarya mencampur adukkan penggunaan bahasa , sehinggakan pembaca tidak dapat melihat di mana tahap agung penulisannya . Penulis yang hebat , bukan sahaja mampu membuat pembaca terkesan , tetapi pembaca bisa menghayati bait - bait keindahan bahasa penanya . Penggunaan kosa kata yang hebat , akan lebih mempamerkan kehebatan pengkarya tersebut dan pembaca secara tidak langsung akan dapat belajar corak penulisan yang sangat luarbiasa hebat . Kemampuan dan penguasaan bahasa Melayu penulis akan membuatkan penulis kelihatan sangat MELAYU .
Ketiga .
Aku melihat , tiada siapa yang akan mendaulatkan bahasa Melayu jika bukan pengkarya dan pencinta sastera . Medium penulisan ini medium hebat . Daulatnya bahasa Melayu , maka daulat jualah bangsa Melayu . Bahasa Jiwa Bangsa . Orang sering bilang , tapi tidak hayatinya . Buat apa kita menjajah diri dengan bahasa asing ? Cukuplah dulu nenek moyang kita sudah lesu dijajah . Lihat sahaja , kartun di televisyen . Mengapa kita menukar sarikata Jepun misalnya , kepada bahasa Melayu ? Sedangkan pihak mereka sendiri tidak mengubah bahasa mereka dalam tujuan pengantarabangsaan ? Mereka teguh dengan bahasa mereka . Cinta bahasa kita dengan sedalam - dalamnya . Ini bahasa kita . Orang luar sibuk mengkaji bahasa kita , tetapi kita sibuk guna bahasa luar . Mana komitmen kita ? Mana jati diri kita ? Melayu itu kita , bukan Melayu itu mereka .
* "Sekiranya kamu mahu berbahasa Melayu, gunakan Bahasa Melayu dengan sepenuhnya. Dan jika kamu mahu berbahasa Inggeris, gunakanlah Bahasa Inggeris sepenuhnya. Jangan sekerat-sekerat." - Dr. Rais Yatim .
No comments:
Post a Comment