By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Memang aku rindu !

Memang aku rindu ,
saat itu hebat .
detik itu sangat indah .
aku tahu semua merasa
walau aku memang tak biasa .

Memang aku rindu ,
mereka nampak hebat
mereka sangat baik
pijak semut tidak mati
senyum mungkin kerna terpaksa

Memang aku rindu
kau aku kejar bersama
kau mereka ketawa gembira
aku turut tertawa
walau jauh aku bersila

Memang aku rindu
pulang ke suasana desa
biar tiada buahan menyapa
tapi riuh aku suka
lihat kau mereka bermesra

Memang aku rindu
tapi ia sudah berlalu
tapi kau dan mereka hilang begitu
usia mengubah itu
aku kecewa ia berlaku
kerana semua dah tak seperti dulu .

7.40 - rindu zaman bersama sepupu dahulu . 26hb Dosember 2011

No comments:

Post a Comment