Memo buat anda ~
Assalamualaikum anda . Kalau anda rasa anda pakar dan sangat hebat dalam menutup pintu dengan kuat , sila dan tolong baca . Apa khabar anda yang berkenaan ? Harap anda sihat - sihat sahaja ye , dan semakin bertambah kekuatan untuk menutup pintu dengan kuatnya . Lagi bertambah gagah , lagi bertambah kuat bunyi hentakan pintu anda . Ops , anda tutup pintu kuat - kuat sebab pintu bilik anda tu rosak kot ye ! Maaflah , saya tak tahu . Bukan apa , setiap kali anda keluar dari bilik anda saja , anda tolak pintu sekuat hati . Ouh , mungkin anda nak uji kekuatan anda ye . Bertambah atau berkurang dari sehari ke sehari . Saya lalu depan bilik anda je , anda tutup pintu kuat - kuat . Kesian kat saya tau , bukan saya je , kawan - kawan saya semua kena tempias angin yang sangat kuat akibat dari tolakan anda yang sangatlah hebat . Kami rasa macam nak terpelanting . Kerja yang sangat hebat , anda ! Akhir kata , teruskan menolak pintu dengan kuat , malah lagi baik kalau sekuat hati anda sebab kami suka bunyi dentuman yang boleh mengejutkan kami dari tidur . Tak payah susah - susah nak kunci jam dah . Lagipun , kami rasa sangat dihormati apabila seseorang menutup pintu sekuatnya , sebab itu tandanya anda menyedari dan sangat mengalu-alukan kehadiran kami . Hidup berjiran satu bangunan kena saling hormat - menghormati , dan terima kasih di atas penghormatan anda ! Terima Kasih ye anda , Terima kasih daun keladi .
No comments:
Post a Comment