By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Mana taman dahulu ?


Mana dia ?
Mana pergi kanak-kanak comot bergula lolipop itu ,
Yang ada susuk tubuh telefon selular di tangan

Mana pergi si comel pakaian seragam biru putih itu ,
Yang ada perawan selendang di lilitkan

Mana pergi bangsal papan sulaman keretakan itu
Yang ada sergaman tembok batu konkrit

Mana pergi lantai lubang berwarna merah itu,
Yang ada permaidani hitam kasar

Mana pergi langsir beralun hijau itu ,
Yang ada bongkah tinggi menjulang ke langit

Mana pergi taman aku yang dahulu ?

Taman yang tenang ,
Taman yang ceria
Tanpa perlu aku berfikir , hanya melangkah laju

Kini aku di taman baru ,
Taman yang juga indah
Tapi taman ini lebih cabar
Buat aku perlu pilih
Jalan kebenaran
Aku harap aku mampu
Taman dahulu aku ambil memori
Aku heret memori ke taman baru
Agar taman dulu sentiasa di hati
Untuk kesegaran taman kini ,

Inilah taman baruku ,
Dan di sana taman memoriku .





Inspirasi pagi dari insan seni , Dato M Nasir

Isnin

08:35 pagi





No comments:

Post a Comment