By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Dari mata , turun ke hati , terus ke jari .

Yang ni aku nak cakap tentang diri aku , yang tesangatlah tak boleh renggang dengan mukabuku . Ya , jujur aku tak nafikan . Tapi aku ada sebab aku sendiri . Sebabnya dengan mukabuku ni aku jadi makan rapat dengan kawan - kawan . kawan yang sudah jauh aku tinggalkan sejak habis saja sesi persekolahan . Lagi sebabnya , aku suka baca info - info menarik dalam mukabuku tu . Kebanyakan yang dihamparkan di dinding - dinding muka buku tu aku tak tahu . Mengenai islam , tanggungjawab kepada Yang Maha Pencipta , tanggungjawab sesama manusia . yang paling penting , dari laman muka buku aku dapat tahu perkembangan dari rakan sekelas mengenai pelajaran , tugasan dan perbentangan . Pernah satu perbincangan , kami berkongsi soalan yang dirasakan masuk dalam peperiksaan , sekali memang keluar laaa .

Persoalan tentang :

1- Kalau orang muat naik status yang berunsurkan islam . Ada orang kata riak .

- Bagi aku ianya bergantung kepada individu itu dan aku amat suka akan kehadiran status yang macam gitu . Walaupun orang akan pertikai iman kita tidak setebal mana pon . Tidak mengapa , asal memberi kebaikan dan kesedaran kepada pembaca , apatah lagi si penulis . Kerana penulis sebelum muat naik status akan membaca terlebih dahulu sebelum muat naik . Maka , akan terjadi muhasabah dua hala dalam diri kedua - duanya . Siapa kita nak menduga niat baik seseorang kan .

2- Kau asyik ngadap mukabuku , tugasan kau entah ke mana .

- Ini juga bergantung kepada individu . Kalau seseorang itu jenis boleh melakukan dua kerja dalam satu masa , teruskan . Kalau rasa tidak yakin , maka janganlah diteruskan . kan ? Nanti kerana mukabuku , semua jadi berbulu dengan kita .

3- Kenapa kau approve semua yang add kau , padahal kau tak kenal .

- Sebab aku buat mukabuku untuk tambah kawan - kawan . bukan untuk kawan yang hanya aku kenal saja . Kalau yang aku kenal dah memang aku kenal pon . Lagipun sebelum approve aku tengok dulu kawab bersama dia . Kawan dia , kawan aku . Takpalah kan . 

- Dulu kita takda mukabuku , kita takda la nak kongsi sangat aktiviti harian kita dengan orang lain . Tapi , bila dah ada kita jadi kejutan budaya untuk berkongsi . Tidak salah untuk berkongsi ~ Sekurang - kurangnya orang jatuh sakit , kita tahu dan kita boleh pergi melawat . Sekurang - kurangnya dekat mana orang yang kita kenal , kita tahu di mana mereka dan kita boleh pergi melawat . Secara tak langsung , yang jauh kita dekat kan , yang dekat kita rapatkan . Tanggungjawab sesama manusia kan mengetahui kebajikan orang sekelilingnya ~

No comments:

Post a Comment