By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Assalamualaikum wbt.
Hari ni nak muat naik entry yang agak tersirat bukan tersurat kerana yang tersirat mungkin lebih manis.

 "Kita Punya Minda"

Jika disana makanan lebih sedap, apa perlu ini?
Jika disana pakaian lebih cantik, mengapa perlu ini?
Jika disana rumah lebih selesa, kenapa perlu ini?
Jika disana insan lebih bernilai, mengapa perlu ini?
Jika disana hidup lebih tenang, mengapa perlu ini?
Jika disana jiwa lebih subur, apakah perlu ini?
Jika disana iman lebih memuncak, kenapa perlu ini?
Jika disana mata lebih terpelihara, mengapa perlu ini?
Jika disana lidah bebas berkata, apa perlu ini?

Kita punya mata,
Kita punya telinga,
Kita punya minda,
Praktikkan sewajarnya.

Yang benar, kata saja Ya Benar,
Yang mungkar, kata saja Ya Tidak Benar,
Kita punya senjata kurnia Yang Maha Besar.

Hidup ini pilihan.
Hidup ini penentuan.
Hidup ini perjalanan.

Pilih saja lorong itu kalau ianya benar.
Ternyata .
Guna akal.
Guna minda.
Jangan guna kepala lutut.

Tentukan pilihan.
Berdiri atas jalan.
Pilih lorong kebenaran.
Perjuang atas keberanian.


* Pilihan terbaik * *Ikut hati* * Kalau ikut orang depan, hati-hati*

No comments:

Post a Comment