By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Dulu, aku pernah...

Bila
Aku mula
Teruskan perjalanan itu.
Walau banyak menduga
Ah, banyak sungguh!
Lampu merah di hadapan.

Aku tahu itu.
Tapi aku sering kata
Tidak mengapa
Bukan kita atur perjalanan kita

Aku tanya
Bonda
Ayahanda
Kekanda
Adinda

Mereka
Positif
Tiada halangan
Luaran sahaja
Yang aku boleh lihat dengan mata
Juga kepala
Juga minda
Masalahnya
Aku perlu sedar.
Dalaman hanya DIA
Punya rahsia.

Ada yang bicara
Mahu tengok sampai bila
Aku tidak banyak kata
Aku diam.
Hati ini kata
Buktikan pada mereka.
Ini bukan mainan sahaja
Ini benar belaka.

Namun.
Kini.
Tiada kata.

Benar
Restu itu perlu.

No comments:

Post a Comment