By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Kita perlu mula dulu

Masih ku ingat
Saat pertama kali tenggiling merah itu
Hadir di bumi hijau ini
Aku lalui kawasan berpalang
Aku lihat segak berbaju putih
Kayu di tangan
Sering berdiri di palang itu
Buat apa di sana
Ohh ya, awasi kawasan ini
Macam-macam boleh jadi

Aku angkat tangan
Tangan kiri
Kerana tangan kanan
Memulas supaya tenggiling bisa jalan
Senyum semanis

Si segak berbaju putih
Pandang serupa mahu kejar
Ha, apa salahnya diri
Aku lantas toleh diri
Kenapa
Mengapa
Oohh ya,
Eh masih berteka-teka

Lama aku berfikir
Atas tenggiling
Turun
Jalan
Naik tangga
Sampai ruang rehat
Berfikir lagi
Ahh, mana jawapnya.

Esoknya
Aku angkat tangan lagi
Kali ni agak takut-takut
Mana tahu si segak kejar

Lusa
Dan hari seterusnya
Aku buat juga.
Walau aku tahu si segak masam muka

Hari ini
Aku baru mahu angkat
Si segak sudah angkat dahulu
Eh, mengapa
Ahh, kali ini baru berjaya

Bukan apa
Terbiasa hidup dalam suasana
Badan beruniform
Hidupnya berdisiplin
Di gerbang mula
Sudah lantas menyapa


Si segak terima kasih
Kerna sudi memahami
Menyelami
Mengerti
Cara bertegur sapa
Walau jarang bersua
Tak kenal pun ada
Apa salahnya

*Kita mula dulu.




No comments:

Post a Comment