Bukan punca salah, usaha terus.
Untuk seorang kamu
Yang setia membisu
Bukan kerna kamu begitu
Hanya kerna hal itu
Mengalah bagimu
Perlu
Tapi bukan bagi aku.
Harap kamu tahu.
Aku tahu
Kamu seringkali bisu
Kelu
Relakan walau hati kamu tidak mahu
Aku tahu itu.
Kadang bila tangisan menerpa
Hati dan jiwa
Kamu aku lihat lemah derita
Bagaikan hilang semua
Hancur bersama masa
Lenyap menerpa
Namun seorang dia
Masih setia
Bergantung di bingkai jiwa
Bersama kenangan lama
Aku
Tidak ada dalam kamu
Kerna kamu
Yang rasa itu
Yang sedihpilu
Yang luka membeku
Kamu
Usah biar airmata
Mengalir deras di muka
Biarkan sahaja
Aku
Sering ulang kali
Jangan biar air mata laju
Tapi
Sekali lagi
Aku bukan dalam kamu
Selalu
Aku bilang pada kamu
Usah dicari salah siapa ini berlaku
Usaha terus menuju
Untuk bahagia itu.
Kamu
Aku tahu kamu mampu.
Terus menuju
Bersama kenangan dulu.
Atau kenangan baru
Kerna bahagia itu
Tetap akan jadi milik kamu
Cuma
Masa yang menentu.
No comments:
Post a Comment