By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Dalam menuju terma "hati" dan "budi"

Tujuan hati
Menggerak luncur
Memacu menusuk
Dalam lorong
Hati dan budi

Di pintu "entri"
Adakala tiada besi
Adakala besi besar membatu
Dan adakala besi fleksibel
Boleh tolak tarik angkat turun
"Entri" hati dan budi
Yang kau tak kan pernah mengerti
Kerna Si Dia yang tahu isi dan hati

Lepas "entri"
Jalan menusuk ruang isi
Tangan mendepa menguis hatihati
Kelak tidak hatihati
Sakit tidak terperi
Kerana ruang "hati" dan "budi"
Bukanlah sekeras-keras besi
Kerana kata dan ucap dari "hati" lain
Adakala memakan diri
Sehingga separuh hati mati
Mati walau berpenghuni

Dah masuk "isi" hati
Belajar dengan tekun dan berani
Kerna dalam "isi"
Penuh ranjau duri
Silap masuk patah hati
Betul masuk senang hati
Tapi yang izin masuk
Hanyalah Illahi

Masuk sahaja :"isi"
Jumpa manisnya isi
Jumpa kelatnya memendam isi
Jumpa beraninya melawan emosi
Jumpa Yang Maha Menguasai
Sedang meneliti
Ruang "hati".

Berjalanlah dalam hati
Tanpa henti
Walau yang dijumpa bukan kehendak diri
Atau kehendak lain "hati"
Kerana melalui "hati"
Ada sesuatu yang tersembunyi
Kuat pertahankan diri
Kerana Dia yang miliki hati
Jatuh bangun bersama hati
Walau hati sendiri
Atau hati yang sedang ditelurusi
Simpan jangan dilupai
Hati ini milik Dia yang kekal abadi.

Bila hati tersakiti
Pejam mata tanam kembali dalam hati
Hati ini hanya Dia miliki
Dan Dia yang berhak mengisi
Siapa gerangan si penghuni hati

Jaga hati.
Allah sedang perhati.



11/09/2014
Hati yang diuji




No comments:

Post a Comment