By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Mana kamu menyorok ?

Aku berjalan menunduk . Aku bercakap tutup mulut . Aku bernafas tutup hidung . Aku berfikir tanpa aplikasi minda . Pasti kosong ! Mana mungkin ! Pandaindera itu hebat ! MasyaALLAH !

Mana kamu menyorok ? Puas aku cari . Di bawah katil , bawah meja , dalam laci , semua aku dah selongkar habis . Aku dah angkat tilam ,tengok bawah katil hati , aku dah lempar alas , cari bawah meja hati , aku dah buang isi laci , selongkar dalam laci hati , tapi aku tak jumpa ! Kamu dah merajuk dengan aku ke apa ? Maafkan aku , aku belum pandai memilih !

Bila aku lihat orang , masing - masing dah jumpa . Dah seronok . Dah bahagia . Mereka jalan berpimpinan dengan spesies kamu . Mereka tak kedekut habiskan syiling demi kamu . Kerana pada mereka penangan spesies kamu hebat , dan mereka rasa hebat tika berdampingan dengan spesies kamu .

Aku jalan , jalan dan jalan .

Kadang aku fikir aku harus memilih satu antara kamu . Kerana mungkin aku lebih fokus .

Kadang aku fikir aku tak harus memilih . Kerana antara kamu semuanya hebat !

Aku masih berjalan . Kadang berlari .

Aku teliti batu . Aku cari mana lebih cantik . Aku jalan , aku teropong , aku pakai kanta , kadang aku berhenti dan lihat sampai tembus . Aku tak jumpa lagi mana yang paling cantik .

Sampai akhir jalan ,sampai tiada batu . Aku masih tak jumpa .

Aku buntu . Aku runsing . Takkan sampai ke akhirnya aku tidak jumpa .

Sampai di hujung , aku berfikir . Buat apa aku mencari dan mencari yang lebih baik . Dan aku tinggalkan antara yang terbaik . Kenapa aku kurang menghargai ?

Aku sudah berkeputusan .

Aku tidak akan memilih salah satu dari kamu . Aku akan tetap bersama kamu semua untuk selamanya . Bagi mereka yang sudah memilih satu dari kamu untuk bersama disisi mereka , aku pandang hebat . Kerana mereka bisa memilih . Aku , biar aku bersama kamu , agar aku tak hilang satu daripada kamu , agar aku terus bahagia bersama kamu , kerana jumlah yang banyak , dapat berkhidmat lebih gagah !

Kamu , wahai HOBIku ~

* Sukar untuk aku kenalpasti apa minat ku , orang lain ada minat masing -masing dalam sesuatu benda . Aku banyak ! Dan kalau boleh aku nak buat macam - macam .

No comments:

Post a Comment