By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Sayang dan rindu , mana dapat ?

Hampir sahaja aku muflis , gara - gara blog sudah lama tidak dibuka . Muflis bukan kerana nuffnang menyumbang wang , tapi aku rasa muflis kerana aku tidak langsung sumbang sesuatu untuk kedai aku ni . Kedai yang bukan untuk menyumbang , tetapi lebih kepada galeri peribadi . Tak perlu bayaran , cukup sekadar kepuasan .

Alhamdulillah , selesai sudah perjuangan semester 3 . AHHH , aku tak tahu apa terjadi . Aku jalan sahaja , kerana tidak mungkin dapat berpatah balik . Cuba sudah , usaha sudah , doa sudah , harap ada rezeki untuk aku .

Hari ni sekadar mimpi terfikir . Saat menunggang kuda ungu kepunyaan adik , minda mula menerawang . Bukan apa , selesai tolak motosikal , hati turut letih seiring fizikal yang lemah . Mahu sahaja aku humban kuda tidak bernyawa itu . tidak mengapa , demi mengambil pulang adik dari tadika . Buah hatiku !

Mana dapat ye perkataan rindu dan sayang ? Ah  , usah fikir mana dapat , fikir di sebalik kata rindu dan sayang . Sukar didiskripsikan . Aku bingung . Ini buat aku berfikir . Teringat barus ayat karya orang seni zahiril adzim. Beliau buat aku berfikir , ini orang banyak hebat ! Beliau bilang , mana mungkin jam 7 bisa jadi jam 6 . Yeah , itu ciptaan ALLAH swt .

Perasaan ini sungguh aneh. Indah . nikmat ! Aku gundah ! Tapi jangan silap , perasaan ini bukan pada seorang lelaki . Ah , mungkin belum waktunya .

Pernah aku aju pada adinda kecilku ,sekitar usia 5 tahun . Baru berani ke sekolah tadika , dengan hiasan sarungan tudung . comel ! Adik rindu kakak ? dalam hati aku terdetik . Ahh  , mana budak 5 tahun jagung tahu apa itu rindu . apa itu sayang .Tapi , dia bilang ya , rindu dan sayang sangat !

sekali lagi aku rasa betapa hebat penangan perasaan itu . Budak sekecil itu tahu menghayati , apatah kita yang sudah remaja , malah aku yang sudah 22 tahun !

* perak vs negeri sembilan , ayuh !

No comments:

Post a Comment