By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

10 Februari 2012
8:40 pagi .
Segmen kaki buku NLKO .
Bersama sasterawan negara ke-10 , Datuk dr. Anuar Ridhwan

Okay . Pertama sekali , aku teruja bila tengok !

Penggunaan bahasa komunikasi beliau sangat hebat . Rasa macam wahh , sangat berintelektual .

Soalan yang diajukan kepada beliau . Tak berapa nak ingat . Tapi , lebih kurang macam ini la .
- Apakah Datuk rasa masih terdapat pejuang bahasa muda pada zaman sekarang ?

Beliau : Ya , ada . Terdapat penulis-penulis muda yang bergiat dalam penghasilan karya sastera dan kebanyakan daripada mereka bukannya berlatarbelakangkan sastera tetapi lebih kepada sains .

- Apakah novel yang paling Datuk minati ?

Beliau : Sulalatul Salatin .

Wahhh , beliau hebat ! Luarbiasa hebat .

Antara kata - kata beliau yang aku ingat .

- membaca boleh memperhalus seseorang sebagai seorang manusia . 


- pembacaan adalah elemen untuk mewujudkan sebuah tamadun bangsa yang hebat .



No comments:

Post a Comment