By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Kita mana pernah puas , Kenyataan ~

Bila tunggang motor ,
Isk , naik kereta taklah berpanas berhujan .
Bila pandu kereta ,
Isk , lembaplah kalau naik motor boleh cilok sana sini .

Bila rumah ganda besar ,
Isk , penatlah nak ngemas ruangnya amboi .
Bila khemah kecil tak luas mana ,
Isk , luas boleh main bola .

Bila keputusan periksa takda variasi warna ,
Isk , dekan bila nak dalam tangan .
Bila tersenarai dekan pelajar luarbiasa ,
Isk , mati lah aku mana nak kekal

Bila punya telefon selular rendah harga ,
Isk , kalau pakai sentuh kan mudah naik turun
Bila pakai selular sentuh harga mahal ,
Isk , murah campak lombong pun tak pecah

Bila kipas lipas surat khabar sahaja ,
Isk , panasnya tanpa penghawa .
Bila penghawa dingin tiup bulu roma ,
Isk , sejuknya nak pakai baju tebal laaa.

Bila tengok merpati ke sini sana ,
Isk , kan bahagia kalau ada cinta .
Bila bahagia depan kau punya mata ,
Isk , rimas pulak ada saja sepanjang masa

* Situasi bila aku yang tak pernah puas hati . Duduk tak diam . Ada saja tak teratur nak diaturkan . huhh . Parah.=='

12.49 pagi .
11 februari 2012.

No comments:

Post a Comment