Redha itu mulia.
Sambungan dari status hari ni di mukabuku.
: Bila kita KALAH, huh terjelopok jatuh macam ada satu konkrit yang menimpa atas kepala. Kalah lagi, sakit lagi. Tapi bila kita MENANG walaupun hanya sekali, rasa macam nak senyum terus sampai tidur. MENANG tu walaupun sekali boleh tutup balik KALAH yang banyak kali tu. Hebatnya MENANG , hebatnya KALAH.
Disini aku tidak mahu berganjak jauh untuk bercerita. Jasad pinjaman yang diselimuti tubuh ini akan aku jadikan contoh.Sepanjang dua puluh dua tahun dan berapa hari jasad ini diberi pinjam oleh Pencipta banyak yang sudah aku belajar. Mungkin sahaja aku rasakan angka dua puluh dua tahun ini sangat bermakna.
Hati ini kadang-kadang tidak pernah puas, bukan kadang-kadang tetapi boleh dikatakan selalu. Jasad ini terlalu mengejar sesuatu.Sesuatu yang dirasakan perlu perubahan saban hari. Tidak statik. Bukan bosan. Cuma mahu sesuatu. Sesuatu dalam konteks ini bukanlah ukuran kejayaan gemilang tetapi cukup hanya secebis perubahan. Seinci berubah sudah bahagia. Jasad ini ingin sekali berubah. Tidak difikir jauh, depan mata sudah cukup.
Jika hari ini, jasad ini punya keluarga bahagia. Esok, jasad ini mahu berganda bahagia.
Jika hari ini, jasad ini punya orang tersayang. Esok, jasad ini mahu berganda sayang.
Jika hari ini, jasad ini punya sahabat bersatu hati. Esok, jasad ini mahu hati beribu dicantum satu.
Jika hari ini, jasad ini beramal sedikit. Esok, jasad ini mahu beramal tanpa jemu.
Tetapi, ada satu hal yang buat jasad ini tidak berubah.
Perubahan yang sangat tidak memungkinkan untuk jasad ini berubah.
Jasad ini sentiasa mahukan yang terbaik untuk yang tersayang. Tidak jemu.
p/s : Untuk seseorang yang sentiasa berada di sisi, sentiasa meminjamkan telinga untuk mendengar, walau anda jauh di mata, tetapi bersatu kukuh dalam hati. Terima kasih untuk semuanya. Singkat perkenalan, tetapi jauh perjalanan.
No comments:
Post a Comment