Cita-cita itu suasana.
Teringat lagi kisah sekitar usia 5 6 tahun dahulu. Masih kecil sudah diaju guru mengenai cita-cita. Perkataan biasa yang wajib ditanya oleh sesiapa sahaja termasuklah dalam biodata peribadi. Ketika itu mulut sering memacul jawapan klise. Seperti doktor, guru dan polis.
Aku sendiri lalu sahaja menjawab soalan itu kerana yang diinginkan hanya sebuah jawapan.
Jawapan yang keluar adalah berdasarkan suasana. Suasana ketika itu yang memang panas jawapan untuk soalan cita-cita itu adalah sangat biasa. Orang lain semua mahu jadi doktor, aku pun doktor la. Orang sebelah mahu jadi guru, aku pun guru sajalah. Ini suasana. Padahal langsung tidak tahu profeson apakah itu. Bagaimakah corak kerjanya. Suasana itu yang membikin jawapan.
Tetapi kini, dua dua sudah tua jika orang ajukan soalan sebegitu. Suasana sekeliling bukan penentuan, tetapi suasana diri sendiri yang menentukan. Juga suasana yang membikin jawapan. Kan? Ini kerana minda ketika ini sudah mampu berfikir wajar, jasad pula sudah meletak tubuh di suasana yang meyakinkan. Bukan hanya cakap kosong yang hanya sekadar mahu melempiaskan jawapan. Kita sudah jejak, kita sudah cari dan kita sudah berdiri. Sendiri tahu mana benar, mana betul. Peduli apa mulut orang, peduli . Ah, dulu itu hanya sebuah jawapan berdasarkan suasana sekeliling tetapi kini suasana diri dan ianya penentuan hati.
Semua ini perubahan. Kisah jawapan sepuluh tahun lepas kaitkan sahaja dengan jawapan hari ini juga jawapan terkumpul sepuluh tahun akan datang. Perubahan itu pilihan kita. Perubahan itu kesukaran tetapi perubahan itu kepuasan.
Dua puluh dua tahun tubuh dipinjam oleh jasad. Banyak aku belajar. Buruk baik positif negatif semuanya. Dua puluh dua tahun ini bukan hasilkan pelajaran hanya dua puluh dua. Tetapi lebih dua ribu dua. Bila dulu aku tahu salah, tetapi pilihan tetap mahu meneruskan. Itu silap. Dua puluh dua aku jadikan titik mula pilihan kebenaran. Bak kata orang, yang mana kita tahu kita cuba buat. Jangan kita tahu tapi kita tak buat. Ini satu lagi pilihan.
Aku sendiri pernah dalam situasi sekeliling yang membebankan.
Itu salah sendiri.
Itu aku yang cari.
Tetapi yang sepuluh tahun lepas itu, aku tidak mahu masih berlaku sepuluh tahun akan datang.
Mana makna pendakian aku dalam kehidupan?
Jika aku masih mahu teruskan sepuluh tahun yang lepas.
Mana makna perubahan aku.
Aku pernah lalui episod gelap.
Tetapi takkan aku mahu gelap terus?
Sebetulnya, ALLAH itu mahu kuasa.
dan sebetulnya hidup itu adalah satu PILIHAN dalam ketentuan.
Bukan salah sesiapa, salahkah diri yang salah membuat pilihan.
*Teruja pagi-pagi dengan pengisian huraian buku ini*
No comments:
Post a Comment