By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Maaf, harap kamu mengerti

Wahai si kamu
Maaf
Andai tingkahlaku
Aku
Gamit kemarahanmu
Undang kebencianmu
Lingkung selimut hidupmu

Kamu
Mungkin tidak mengerti
Hati
Terlalu kecil hati
Main tendang sesuka hati
Jangan begini
Hati ini
Punya jati diri
Bukan untuk dikhianati

Pernah aku
Berdoa pada Tuhanku
Andai kamu untukku
Teguhkan aku
Kuatkan imanku
Hidup tidak jemu
Jika percaya kuasaMu

Kamu
Tidak merasa
Apa aku rasa
Aku ini wanita
Punya
Hati yang perlu dijaga
Bukan hati aku saja
Malah ibu bapa
Juga keluarga
Untuk apa
Lalui hidup sia-sia
Kalau cumanya
Kamu hanya
Mahu bersuka-suka
Tanpa
Niat untuk membina
Sebuah keluarga
Ini maruah punya cerita
Bukan obses cinta

Mudah
Buat apa
Buang masa
Buang duit suka-suka
Andai di hati niat tiada

Buat kamu
Dendam itu bukan aku
Tanamkan di hatimu
Perginya aku
Bukan tanda aku membencimu
Tapi kerna antara aku
dan kamu
Tidak perlu
Terus begitu
Kerna Allah swt dah atur sesuatu.

Kamu terus menuju
Di depanmu
Ada sesuatu
Capai itu
Tunjukkan padaku
Aku ingin tahu
Aku ingin lihat kamu
Potret bersama kejayaanmu
Doaku selalu
Jadi pejuang waktu
Aku tahu
Kamu mampu

Salam permisi.

No comments:

Post a Comment