Ayah
Bila kakak tahu berita
Yang menduga
Kakak diam tanpa berkata
Hanya bisik pada si ibu sahaja
Bukan apa
Kerna
Hati ini merasa
Jangan terlalu lemah upaya
Ayah
Bila ayah tahu berita
Lantas khabarkan pada teman seusia
Laju pacuan menuju ke sana
Ayah
Itu sahabat namanya
Kerna anak pun diturut jua
Ayah
Bukan apa
Menolak bukan kerna
Keras kepala
Tapi kerana
Otak berfikir ketika
Pasti wang mengalir saja
Kerna itu bayarannya
Berharga
Pernah ketika
Kakak bicara
Usah pening, buntu dan kecewa
Mencari penawar punca
Bukan kakak kecewa
Cumanya
Kakak rasa
Kakak bahagia
Walau "si kanan" tiada.
Ayah
Bila kakak duduk saja
Selalu keluar di kepala
Baris ayat istimewa
"Ku jabat mesra tangan ayah
Urat urat daging tua keras teras
Mataku tersenyum matanya menyapa
Anak yang pulang di sambut mesra"
Ayah
Ayah
Sebentar tadi dengan tidak semena
Penyelia buka bicara
Kandungan ulasan si pakar berkata
"Blinding vision" katanya
"Blinding vision" katanya
Kakak tidak mahu percaya
Ayah
Kakak mahu ayah berkata
Tidak apa-apa
Itu mainan pakar sahaja
Anak ayah masih sempurna
Baru sahaja ujian melanda
Perlu apa bersedih berduka
Andai diri sememangnya bahagia
Ayah
Kakak mungkin tidak pandai berkata
Atau tidak sesempurna mana
Tapi kakak rasa
Kakak kelihatan sempurna
Bila punya ibu dan ayah.
Sampaikan salam kakak pada bonda ya!
Katakan padanya
Tidak mengapa
Allah swt kan ada.
No comments:
Post a Comment