Pengajaran dari kamu.
Kamu
Yang aku kenali baru
Ya, masih baru
Tetapi sudah aku rasa begitu
Terpelajar dari kamu
Kamu
Ajar aku
Erti membisu
Walau bukan salah aku
Bisu bukan kerna hati batu
Tetapi menjaga perhubungan itu
Kamu
Buat aku sedari
Erti redha dan lembut hati
Dengan apa yang aku hadapi
Kerna ini semua duniawi
Yang akan tinggal apabila mati
Kamu
Buat aku jadi baru
Baru bukan ubah diriku
Tetapi anjak ke arah lebih tinggi
Tinggi budi pekerti
Yang tidak saling membenci
Malah saling memaafi
Kamu
Ajari aku
Jadi orang kuat bertemu
Bertemu dengan batu
Yang dahulu
Sering buat aku terkaku
Kamu ajar aku
Bukan langgar batu itu
Tetapi elak batu
Kamu
Yang matang bukan pada usia kamu
Yang mengalah bukan pada usia kamu
Yang positif bukan pada usia kamu
Yang redha bukan pada usia kamu
Usia kamu
Bukan penentu
Kamu perlu terburu-terburu.
Kamu
Ajari aku
Sesuatu
dan aku
Masih mahu
Belajar dari kamu.
No comments:
Post a Comment