Begitulah.
Perjuangan ini
Hanya sekali
Aku ingin kecapi
Tiada benci di hati
Tiada marah seperti api
Tiada bengang merasuk diri
Kamu tanya aku
Penatkah aku lalui begini
Aku bilang
Untuk dapatkan bahagia
Aku perjuang
Kerna dalam usaha itu
Aku jumpa ibu ayah
Aku jumpa abang adik
Aku jumpa mereka
Aku jumpa kamu
Dan aku jumpa dia.
Maaf
Buat orang besar dalam hidup kamu
Kerna bila kamu masuk
Dalam kotak hidup aku
Kamu sakit
Aku tahu kamu sakit
Sebab aku juga rasa sakit itu
Sakit aku sebab kamu dan orang besar kamu
Rasai sakit itu
Aku tidak mengapa
Sakit sikit atau banyak usah ditanya
Aku simpan
Biar aku sendiri teroka
Memang tak sedap
Langsung!
Tapi buat apa sedap
Kalau sedap itu tak buat aku belajar
Mencari makna hakikat
Aku diam
Aku kunci
Caci maki orang aku simpan dalam hati
Aku sedang pelihara caci maki itu
Biar ia bertukar jadi pengajar
Corak aku jatuh bangun
Caci itu akan aku jaga
Biar terbang sebagai puji
Penerimaan hati
Persepsi diri
Itu lebih penting menurut aku
Sebab aku mahu
Kamu tahu
Dia tahu
Semua tahu
Aku ini aku
Cuba tetap menjadi aku
Tulus aku mohon
Jangan Pergi.
Terus dengan aku.
No comments:
Post a Comment