By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Sehala ke dua hala, dua hala ke sehala, menduga!

Kau jalan hadapan,
Dia jalan belakang,
Kami jalan sebelah kanan,
Mereka jalan sebelah kiri.
Ahh, mana pergi garis putih ini.
Dua garis.
Satu garis.
Bersambung.
Putus.Putus.

Sehala.
Kamu bikin dua hala.
Kacaubilau.
Huruhara
Terbertuh sana sini
Melayang badan,
Mahu tersungkur terbang.
Belum lagi memekik
Kau salah
Aku salah.
Mana betul?

Dua hala
Kamu bikin jadi satu
Penuh.
Bergerak maju.
Hadapan kamu tuju.
Kamu gabungjalin tangan
Laga siku tidak mengapa
Kerana skeluar kuasa maksima
Menjerumus papan penghalang
Kamu rasa kamu kuat dengan semua.
Ya, sepakat.
Ketepi sedikit
Bagi laluan pada yang betul-betul
Betul pada jalannya.


No comments:

Post a Comment