By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Kerana manisnya ...


Saban kali kami lepaskan keluhan di kaki lima
Mata meliar.
Menjalar ke sebelah sana.
Ahh, merahnya.
Kuning lagi menduga.

Lantas dia berkata
Ayuh kita dapatkan semuanya
Biar penuh setimba dua
Kita pulun sama-sama
Biar semua gelak ketawa
Kerana manisnya....

Di kala petang
Selak langsir bunga-bunga.
Ish, nampak lagi.
Bila mahu dapat, kenapa tidak hari ini.
Buang malas
Tutup komputer riba.
Tamatkan perbincangan sebentar
Sarung capal
Tarik tangan-tangan sekeliling sekali
Ketuk kamar yang sedang lelap mata
Ahh, peduli apa.
Kita kena dapatkannya.

Tapak kaki menapak pantas.
Ehh..

Jatuh tergolek gedebak gedebuk

Ahh, tak mengapa.

Manis
Kerana momen bahagia itu.
Kami genggam dalam perjuangan akan datang.
Walau tak lagi sebumbung.
Tinggal se semester.
Ayuh.

Kerana Manisnya kamu, bikin manisnya hubungan kami.
Terima kasih manis.

No comments:

Post a Comment