Empat bulan genap, disahkan!
18 Oktober lepas
Genap sudah empat bulan
Pengesahan dibuat
Khabar sebuah kehilangan
Aku.
Masih lagi begini
Mencari punca semangat
Kerah keringat
Biar aku langsung tidak ingat
Kehilangan yang menyengat
Merentap.
Khabar kehilangan
Lebih berat
Kerana
Aku langsung hilang upaya
Tatap wajah ibu ayah
Alhamdulillah masih kuat memori
Wajah mereka melekat di hati
Pengesahan
Buat aku benar-benar tersedar
Dari mimpi panjang
Yang leka dengan hal dunia
Satu aku mohon Ya Tuhan
Beri aku peluang
Untuk saban hari serap
Baris-baris keramat kitabMu.
Aku mohon
Beri aku tatap keajaibanMU
Sebelum Kau cabut nikmat hidup yang lain.
Dengan izinMU dan kuasaMU, aku berserah.
No comments:
Post a Comment