Mudah kamu bilang.
Kadang-kadang aku fikir sendiri
Aku hilang.
Aku kurang.
Aku seorang.
Itu fikiran kuasa syaitan.
Ini kuasa ALLAH.
DIA ambil satu.
DIA beri seribu.
Alhamdulillah.
DIA ambil. Dia beri.
Yang DIA beri banyak erti
Banyak.
Memang tidak mampu aku aturkan.
Kadang-kadang aku leka.
Terlalu asyik bercakap-cakap.
Seolah tidak redha.
Wahai diri.
Selalulah bilang, tidak mengapa. Kita kena redha.
Bila aku hulu hilir
Bukan sebab aku mohon simpati
Kamu mudah bilang.
Aku yang merasa.
Banyak jasa ibu ayah
Kalau aku boleh usaha
Mencari dana tanpa mereka
Jangan rendahkan usaha aku
Jangan perlekehkan usaha aku.
Bukan aku seorang sahaja anak mereka.
Ramai lagi.
Ya ALLAH.
Beri ku.
Juga keluargaku
Serta sahabatku
Kenalanku
Kesenangan, ketenangan, ketabahan.
Juga kemudahan.
Aku mohon. Moga ada rezeki dariMU.
No comments:
Post a Comment