Satu langkah, sudah bertemu
Alhamdulillah
Syukur.
Buat kamu sahabat.
Tanggal 6 Februari 2013
Kamu sudah punya pelengkap hidup
Aku tumpang bahagia
Sudilah beri sedikit ruang
Untuk aku kongsi bahagia kamu
Kerna bahagia kamu juga bahagia aku
Kenal kamu
Awal dahulu
Tika masing-masing baru menapak di dunia baru
Kita kongsi seribu satu rasa
Pahit
Getir
Ah, tidak mengapa
Kita jalan sama-sama
Kerana bahagia kita
Kita saja boleh rasa
Buat kamu
Jalan di alam berdua itu
Elok-elok ya!
Tahniah untuk kamu berdua
Doakan aku juga!
No comments:
Post a Comment