Sekali lagi Tuhan, ku mohon.
Tuhan
Yang Maha Penyayang
Sekali lagi ku mohon
Beri aku sedikit ruang
Untuk perbaiki diri
Yang selalu buta tuli
Tak nampak keajaiban tersembunyi
Yang hanya boleh dilihat dengan mata hati.
Mohon.
Ku rindu padaMU saban hari
Mohon tanam rasa hati ini
Dalam dalam, sedalam dalamnya dalam ruang hati.
Tuhan
Yang Maha Pengasih
Sekali lagi aku mohon
Beri aku sedikit masa lagi
Sebelum Kau tarik diri ini
Ku mohon
Beri aku kesempatan
Untuk saban hari bikin ibu ayah tenang
Cium tangan ayah ibu sebelum tidur.
Keluar kudrat walau hanya selebar hujung jari
Sedikit tidak mengapa.
Banyak lagi bagus berganda.
Kudrat mampu bikin mereka tenang.
Kudrat tenaga
Kudrat perah otak
Kudrat bersengkang mata
Tidak mengapa itu semua
Ku mohon Ya Tuhan
Beri aku peluang, berbakti pada dua insan ini.
Kerana harga mereka tidak terkira.
Tuhan
Yang Maha Pemurah
Sekali lagi aku mohon
Beri aku sedikit masa lagi
Sebelum KAU cabut nyawa aku
Beri adik beradikku
Rasa dalam jiwa mereka
Yang diri ini sentiasa ada untuk mereka.
Itu usaha.
Juga daya
Mohon tanam dalam jiwa mereka.
Kasih sayang aku pada mereka.
Sangat dalam.
Marah aku, bising aku, hingar aku.
Hanya hujung kuku
Sayang aku, kasih aku, keperluan aku
Penuh satu hati. Penuh.
Tuhan
Yang Maha Pengampun
Sekali lagi aku mohon
Beri aku sedikit ruang
Cipta satu perasaan jiwa
Dalam diri insan sekeliling jasad ini
Sahabat. Insan tersayang. Saudara. Juga jiran.
Khabarkan pada mereka.
Diri ini sentiasa usaha.
Buat mereka rasa aku sayang mereka.
Biar aku bukan jenis bijak menunjuk rasa.
Mohon.
Beri ku kekuatan.
Buat mereka rasa hadir aku bukan sia-sia
Beri ku kukuh daya ingatan
Buat mereka rasa aku tidak pernah lupa mereka
Walau jasad tidak menyapa
Beri ku jernih penglihatan
Buat mereka rasa aku sentiasa mahu lihat mereka.
Depan mata. Tiada sedikit bosan. Tiada. Langsung.
Beri ku mudah pendengaran
Buat mereka rasa aku sentiasa mahu mendengar suara mereka
Nasihat mereka. Gurau senda mereka.
Ku mohon
Ya Tuhan
Yang Maha Segalanya.
Beri aku sedikit masa.
Sebelum ku hilang di dunia
Untuk teruskan berbakti
Dan yang paling ku mohon Ya Tuhan
Dekatkanku disisiMU. Selamanya.
No comments:
Post a Comment