By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Satu saat aku terlambat.

Satu saat lepas
Aku tertinggal waktu
Tanpa aku isi dengan sesuatu.

Satu saat berlalu
Aku biar berjalan
Tanpa sebarang pengisian.

Satu saat yang tadi

Satu saat tinggal aku
Tanpa sebarang apa daripada aku
Tanpa sebarang isi aku pandu
Mana aku pergi
Terus membiar waktu
Berlalu begitu.

Satu saat itu
Aku terlalu mikir masa lalu
Sampai aku lupa di mana aku
Sampai aku alpa itu ketetapan dariMU
Yang tetapnya lima puluh ribu tahun dahulu
Patutnya aku
Guna satu saat itu untuk terus menuju
Berjalan bahagia di jalanMU.

Kerana satu saat

Aku hilang semangat
Aku hilang langkah berjalan
Aku hilang pertuturan
Aku hilang pendengaran
Semua hilang
Kerna aku terlalu kejar keduniaan
Sehingga lupa matlamat kehidupan

Kerana satu saat

Aku bangun giat
Aku bangun puncak semangat
Aku bangun dengar nasihat
Aku bangun
Semua kembali
Kerna apabila namaMU aku lihat
Sehingga aku rasa sangat nikmat

Kerana satu saat.

Aku tatap kembali. Segalanya. Beri aku peluang sekali lagi.

No comments:

Post a Comment