Penat.
Hilang.
Bila semua gembira.
Bila semua suka.
Bila semua senyum.
Dan
Paling penting, kami makin utuh.
Terima kasih ya ALLAH.
Atas kurniaan rezeki, masa dan ruang
Untuk kami pegang erat
Bersatu hati
Atas nama Linguistik dihati.
Terima kasih pensyarah
Terima kasih Timbalan Dekan.
Kata-kata
"Jika kita tidak mula, siapa lagi"
"Jika bukan sekarang, bila lagi"
Itu garis pencetus semangat kami
Takkan terhenti
Walau jauh disisi
Selepas ini
Dengan haluan sendiri
Wajah insan yang pernah hadir
Sentiasa di hati
Lihat dari jauh dengan mata hati
Terima kasih sahabat
Barisan jawatankuasa perlaksana
Kita kerja bukan kerana nama
Tapi kita kerja buat bikin orang bahagia.
Kalian.
Terima kasih bantu aku.
Terima kasih ajari aku.
Terima kasih perbetulkan aku.
Maaf.
Ikhlas dari hati
Paling dalam.
Kadang aku ini naik turun emosinya.
Satu yang buat aku semangat
Kerja dengan kalian, mudah.
Bila kita berdoa untuk dipermudahkan.
ALLAH permudahkan.
Dan ALLAH hadirkan
Orang yang memudahkan kita.
Tapi untuk hampiri sempurna, tidak mustahil.
Kerna dengan ikhlas, semua jadi redha.
Buat teman keluarga Linguistik
Tercapai impian aku
Untuk melihat kita bersatu
Di bawah nama Linguistik Melayu.
Terima kasih beri aku kesempatan.
Untuk lihat satu "jalinan itu"
Jujur, aku puas.
Kita usaha.
Kita cuba.
Segala yang terjadi.
Itu ketentuan ALLAHswt.
Maaf.
Jika ada yang terguris hati.
Kami insan biasa. Selalu silap.
Niat kami hanya satu.
Bersatu.
Maaf sekali lagi
Untuk semuanya.
Terima kasih.
Sedikit gambar sempena Hari Keluarga Linguistik Melayu 2013.
Bergambar kenangan.
Barisan pensyarah yang sudi hadir atas nama Bahasa dan Linguistik Melayu
Timbalan Dekan Fakulti yang sudi merasmikan program. Saya semakin mengagumi beliau. Kata-kata beliau menyuntik semangat. Terasa dihargai. Terima kasih Prof.
Sesi bersama pakar motivasi. Pensyarah merangkap penyelia Projek Akhir saya. Bekerja dengan beliau, mudah. Alhamdulillah.
Kakak master yang sudi berkongsi ruang dan waktu. Terima kasih kak.
Sesi mendengar motivasi.
Sepantas kilat.
cari gula-gula dalam tepung
Bola beracun.
Pang Pung Ping Piang kot. Sesi serang-menyerang.
war game
p/s: Terima kasih rakan sekelas, adik-beradik Linguistik tahun satu, dua dan tiga. Juga buat semua. Anda hebat! Tahniah kepada diri sendiri :)
No comments:
Post a Comment