By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Dua bulan lagi

Sekitar dua bulan dari sekarang
Kaki ini bakal melangkah pergi
Pergi buat sementara 
Atau pergi terus
Dari bumi hijau Serdang ini
Mencari tapak baru
Buat sisa-sisa hidup sementara waktu
Ketika Pemilik Diri masih tidak memanggil pergi

Sekitar 
Boleh aku kira hampir tiga tahun ini
Sepanjang aku mahu kejar segulung Ijazah
Sepanjang aku mahu bergambar bersama jubah
Sepanjang aku mahu lihat senyuman ibu ayah
Boleh aku bilang
Payah
Tapi dipermudah

ALLAH uji sebab DIA sayang kan.
ALLAH tegur sebab DIA rindu kan.

Alhamdulillah untuk perjalanan ini.

Bukan mudah
Kali pertama duduk jauh daripada keluarga
Sendiri
Semuanya
Tumpang kasih sahabat-sahabat yang sudi
Umpama adik beradik sendiri
Sayang. Susah. Nak tinggal. Tapi.. ini kan perjalanan

ALLAH masih buka ruang
Buka masa
Buka peluang
Untuk kenal banyak jiwa
Untuk belajar teroka ruang hati mereka
Kadang mulut tidak dijaga
Kadang tingkah tidak dibina
Tak sedar ada hati yang terluka
Kita dah usaha
Dah rasa itu yang terbaik.
Ini kan kerja ALLAH .
DIA tahu apa yang terbaik kan.

Untuk lagi beberapa bulan ini
Ku mohon Ya Tuhan
Lancarkanlah perjalananku
Istiqamah pendirianku
Jalinkanlah ukhuwah yang ikhlas dalam hidupku
Jagalah hatiku
Perbaikilah kelemahanku
Lembutkanlah amarahku
Kentalkanlah hatiku
Tiupkanlah semangat pejuang dalam diriku
dan redhakanlah aku untuk segala sesuatu.

Untuk semua nikmat kurniaanMU. Terima Kasih.
dan untuk semua yang KAU hadirkan dalam hidupku. MasyaALLAH. Alhamdulillah. Mereka Hebat !



1 comment:

  1. Mengalir air mata aku..sabar ya ana..ak sentiasa doakan mg tabah..insyaALLAH...

    ReplyDelete