Jasad jauh, hati?
Bila jasad sentiasa menyapa,
Hati turut merasa.
Berbunga-bunga.
Bila jasad di depan mata.
Hati turut ceria.
Melonjak suka.
Bila jasad makin jauh.
Masing-masing mengejar kejayaan dunia.
Hati?
Makin menjauh atau masih bersatu?
Hati ini.
Mahu bilang pada kamu.
Kamu dan kamu semua.
Jasad jauh, tapi hati masih ada kamu.
Ingat.
Dan andaikata
Terjadi
Jasad jauh, hati juga mahu merenggang.
Jangan tanya pada aku.
Tanya pada Yang Esa
DIA pengatur terbaik.
Senyum.
No comments:
Post a Comment