Pak, Langit Petang bikin aku belajar.
Buat penulis Langit Petang.
Pak Samad.
Terima kasih.
Tidak sia
Habiskan semalaman bersama Langit Petang
Kerana ini karya
Bikin ku rasa makin kuat.
Ini karya 33 tahun lepas.
Terserap pada aku malam ini.
Tidak mengapa.
Masih sempat, ALLAHswt izinkan.
Laman sembilan dua
Semua orang perlu derita
Baru rasa erti bahagia
Ya.
Derita itu bisa hapus semua
Bila bahagia menjelma.
Kan. Ini kuasa ALLAHswt.
Jelas.
Laman seratus dua
Unsur-unsur selalu bergerak,
hanya kebanyakan manusia yang selalu beku.
Ya.
Sekali lagi benar.
Ini juga kuasa ALLAHswt.
Yakin. Percaya.
Aku pernah bilang
Pada hati insan disisi
Aku mahu buat apa yang masih belum
Aku mahu hayati apa yang masih belum
Sebabnya aku tahu
Hidup kita tak lama. sebentar.
Jadi , aku mahu tengok. lihat.
Keajaiban ALLAHswt.
Bukan hanya kerana "sakit" aku berfikir begini,
tapi aku rasa aku perlu sesuatu
Agar aku belajar hari ke hari
Mengembara. Jangan lepas satu pun.
Kejar matlamat.
Setiap saat ada nikmat.
Pak.
Dalam karya bapak ni juga.
Bapak bilang,
Lamannya satu tiga tiga
Hidup benar-benar berhenti
Barulah dapat kita kata kita sudah di hujung jalan.
Kita masih tengah jalan kan pak.
Ya bapak.
Kadang hati cepat mati
Sebelum roh dan jasad dipanggil pergi.
Terima kasih Pak.
Juga Tuhanku Ya ALLAHswt.
Tuhan.
Izinkanku menulis.
Ku mahu bilang pada semua.
NikmatMU
KeajaibanMU
Luarbiasa.
Pak. Terima Kasih. Ya Tuhan. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment