By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Maaf. Tiada secebis rasa menyerah.

Sahabat
Aku tahu kamu marah
Aku tahu kamu geram
Tinggi suara kamu tadi aku rasa getarnya.
Maaf sahabat.

Aku kerap bilang.
"Takut tak sempat"
Tadi kamu bilang
Mengapa suka berkata begitu.
Aku diam.
Dan aku pertahan kata-kata aku.
Ya, aku silap.
Mungkin tika begini aku tidak perlu berkata begitu.

Sahabat.
Aku tidak langsung menyerah.
Langsung.
Kalau aku menyerah.
Aku duduk menangis.
Tanpa henti.
Kalau aku menyerah.
Aku berhenti universiti
Tiada di sini.
Kalau aku menyerah.
Aku pulang rumah.

Sahabat,
Aku berkata begitu
Kerana aku mahu persiapkan diri

Sahabat
Kau tahu betapa sukar aku berkata begitu
Tapi, aku cuba kerana aku mahu siapkan diri

Sahabat
Kau tahu betapa sukar aku begini
Tapi, aku jalan sambil bergembira.
Biar orang kata aku kuat merepek
Aku mahu gembira
Nikmat ini ALLAH beri

Sahabat
Aku mohon ampun
Aku mohon maaf.
Jangan patah balik
dan tinggalkan aku
Aku mahu pinjam tangan kamu
Buat jadi ubat kuat.
Sekali lagi, maaf.
Ingat, aku bukan kibar bendera kalah
Tapi aku berserah pada ALLAH.

1 comment:

  1. Sahabat. Selayaknya dilayan seperti seorang sahabat. Insan kesayangan yang sentiasa di hati. Terima kasih sahabat :)

    ReplyDelete