By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Semoga kamu makin sembuh ya!

6 April 2013
Alhamdulillah.
Kami ke sana.

Menziarah kamu yang diujiNYA.

Perjalanan lancar bersama pemilik setiap jiwa.
Alhamdulillah.

Setelah dikhabarkan keadaan kamu.
Sebulan kamu disana.
Maaf. Aku tidak tahu.
Dan sekali lagi Alhamdulillah.
Masih diberi peluang untuk tahu.

Sepuluh tahun sahabat!
Kita dibezakan dengan jarak.
Tapi, aku pasti jarak tidak menghalang pergerakan langsung
Hati ke hati.
Zaman kanak-kanak aku diisi dengan kehadiran kamu
Kita membesar bersama.
Kita meneroka kehidupan sementara ini bersama.
Ya, aku masih ingat.

Hari itu.
Dan sebelum hari itu juga.
Jasad aku sudah terbang ke sisi kamu.
Meniup kata semangat.
Buat bekalan untuk kamu wahai sahabat.

Aku.
Antara orang terakhir masuk ke kamar kamu.
Melihat kamu.
Assalamualaikum.
Waalaikumussalam kamu bilang. Aku nampak gerak mulut kamu.
Kenalkan diri.
Terima kasih kamu bilang.
Kamu masih kuat.
Aku bisikkan pada kamu.
Terus kuat! aku tahu kamu kuat!
Kami terus berdoa.
Kami mahu datang kembali.
Mahu borak panjang sama kamu.
Mahu dengar gelak tawa kamu.
Bertalu aku bilang, "aku tahu hang kuat"

Titis-titis air mengalir.
Di kelopak matamu.

Aku minta izin pergi sebentar ya!
Nanti aku kembali.
Kita bercerita kisah 10 tahun ini.
Janji dengan aku ya!
Terus kuat!

No comments:

Post a Comment