By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Semua ada sebabnya.

Bila semua perkara yang terjadi
Yang aku tak duga
Yang aku tak pernah rasa
Jadi juga.
Aku senyum.
Dan berkata dalam hati.. Ini "pelajaran".
Buat aku simpan jadi teladan.
Kerana melalui pengalaman.
Aku semakin senang berkata "Aku ada Tuhan"
Dan Tuhan aku sedang memandang
Dan Tuhan aku sedang menyentuh hati
Dan Tuhan aku sedang menguji
Dan Tuhan aku sedang tiup angin kekuatan
Sekali lagi buat aku lebih yakin untuk berkata "ALLAH kan ada"

Bila kadang hati terleka.
Tanpa sedar aku terlalu suka dunia.
Tanpa sedar cakapnya aku kurang dijaga.
Tanpa sedar lakunya aku tak seelok mana
DIA. Tuhan aku. Bikin aku tidak lena.
Kerana DIA beri aku ruang dan masa.
Muhasabah diri mana yang tidak kena.
Alhamdulillah.
Aku semakin yakin untuk bilang "ALLAH Maha Kuasa"

Bila aku perlu luah rasa
Aku minta pada insan yang sudi merasa sama
Kadang ada.
Kadang tidak ada.
Cepat-cepat aku ingatkan minda
Kau jangan lupa, "ALLAH tak pernah tak ada".

Bila aku melihat cinta manusia
Hebatnya kuasa cinta.
Yang perasaan itu daripada DIA.
dan cinta itu jadi hebat kerana DIA.
Biar apa, bagaimana dan kenapa
Cinta itu juga ujian daripadaNYA.
Melihat rasa menjadi apa.
Melihat diri  bertukar apa.
Kuasa DIA.
Kerana DIA pemilik kita.

Untuk apa.
Untuk semua.
Ikhlas hati aku mohon. Maaf andai terluka.

Dan juga untuk kamu.
Yang DIA milikimu.
Teruskan berlaku begitu.
Andai kamu rasa itu perlu.
Aku lihat dan tunggu.
Semoga kamu aman selalu.

*Semoga ALLAH restu dan iring untuk apa yang bakal aku lalu.ALLAH kan ada. Senyum*

No comments:

Post a Comment