Alas
Alas
Bila mahu bicara
Kerana boleh jadi kita buas
Buas tanpa sedar sudah terbabas.
Buat hati yang lain terhempas
Pecah.
Alas
Kita manusia.
Alas guna alas hebat sekalipun
Pasti kadang terlupa mengalas
Kerana emosi giat berhempas pulas
Terjah sehingga kelihatan buas
Langsung bikin hati jadi panas
Maaf.
Kadang alas itu aku biar terbang bebas
Khilaf aku
Yang mana memang dari aku.
Alas
terus disisi aku
Jangan terbang bebas
kerana aku tidak mahu pedas
Pedas yang panas
Panas yang menghempas
Maaf.
Alas. Ayuh bersama.
No comments:
Post a Comment