Tiada kata mampu terucap
hanya ALHAMDULILLAH
Pertama
Syukur pada Yang Maha Esa
15 Mei 2013
Lengkap berjilid
Semoga diterima
dengan izinNYA
juga ikhlas penyelia
Tiga tahun
Melayari bahtera ijazah sarjana muda
Dari mula
sehingga di hujung sisa
Tak henti diduga
Tapi tidak mengapa
ALLAH kan ada.
DIA uji tanda sayang
DIA tegur tanda rindu
Alhamdulillah
Terima kasih juga pada hati
Yang kuat mencari makna perjuangan diri
Yang walau dihiris tetap bercantum kembali
Yang walau digilis tetap mekar kembali
Hati ini
Terima kasih
Kerana percaya luarbiasanya Tuhan
Kerana walau kamu berjuang
dengan ada yang tidak ada
Kamu tetap terus
Tanpa fikir ada kurangnya
Alhamdulillah
Kepada ibu ayah abang kakak adik
Penyelia penasihat dan guru
Serta sahabat dan insan istimewa
Tidak pernah lepas aku sendiri
Tidak pernah buang aku walau aku perlu berdikari
Tetap kuat pegang tangan aku
Ketika aku diuji
Kalian tetap utuh
Bersama aku
Alhamdulillah
Untuk semuanya.
Terima kasih.
Salam kasihsayang.

No comments:
Post a Comment