By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Bukan ku pinta.

Maafkan aku
Kelakuanku kadang tidak semena
Bukan ku pinta
Atau suka-suka
Tapi kerana aku sedang berusaha
Berusaha buat aku terima
Terima kenyataan yang menimpa.

Maafkan aku
Jika aku selalu mengulang kata
Kata buat orang tidak selesa
Bukan aku pinta
Atau suka-suka
Tapi kerana aku sedang kuatkan daya
Daya untuk terus bersama
Bersama menjalani sisa-sisa dunia

Maafkan aku
Kadang mulut tidak selalu dijaga
Bercakap perkara yang bikin orang terasa
Bukan aku mohon simpati sesiapa
Bukan jua aku tidak selesa diujiNYA
Bukan aku tidak terima ketentuanNYA
Bukan aku pinta atau suka-suka
Cuma
Cuma aku sedang sekuat daya
Pegang hati aku supaya lebih perkasa.
Terima ujianNYA
Dengan hati redha
dan berjalan terus dengan rasa selesa

Maafkan aku
Bukan mahu sakiti
Tetapi aku sedang bertarung dengan hati
Biar hati aku makin kuat.
Biar dia bantu jasad untuk kental berdiri
Dan biar dia perlahan-lahan terima
Andai satu hari nanti...


No comments:

Post a Comment