By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Menjelang beberapa minggu.

Malam Pesona Bintang kali ke-7

Kali ini
Temanya hitam merah
Apa namanya
Si orang sekeliling bilang
Black rose.
Ah.
Aku tiada rose.
Black sahaja. Haha.

Malam untuk tahun akhir.
Pantas.

Pantas.
Masa berlalu.
Rasa macam baru semalam.
Semalam aku bertemu sahabat baik.
Semalam aku bertemu fakulti bahasa moden
Semalam aku bertemu Dewan Zaba
Semalam aku bertemu kolej 15
Semalam.
Semalam yang tersimpan seribu satu rasa.

Tiga.
Tiga tahun hampir genap.
Tiga tahun ini aku galas ujian Tuhan.
Tuhan yang aku sayang.
Kerana DIA. Aku bisa begini.
Senyum.
Pejam mata.
Letak tangan di dada.
Alhamdulillah.
Tuhan sentiasa bersama.

Jujur.
Meremang bulu roma
Hasil karya Dharmawijaya
Putra Gemilang berkuasa
Di dewan serba selesa

Ini tahun akhir.
Semester akhir.
Dua minggu terakhir.

Dan aku.
Masih tersenyum.
Di dada ada Dia.
Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment