By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Salam 8 ramadan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sudah lama tidak bertemu rupa
Laman blog yang ditinggal lama
Apa khabar kamu wahai laman maya?
Harap sihat senantiasa ya!

Seminggu sudah berlalu bersama angin rindu yang bakal buat aku makin bertambah rindu. Ramadan bulan terindah. Ramadan bersama keluarga sangat indah.

Teringat ramadan pertama di daerah sana,
Daerah serdang bumi penjana minda,
Disana pertama kali merasa
Sahur. Bangun. Bancuh milo. Cicah sama roti.
Hari pertama berderai juga air mata
Ye la, selalu si ibu ada bersama.
Berbuka pula.
Sekadar apa adanya
Seperti biasa
Cuma
Yang kurangnya
Mana wajah kesayangan hamba
Oh, mereka di rumah.
Tidak mengapa.
Perjuangan membela nasib diri dan keluarga

Sedihpilu
Jeritperih
Membawa bersama
Sukaduka
Tawaria
Ketawa
Bersama rakan disana
Yang juga keluarga

Aku rindu saat itu
Ya, di bumi sana
Bumi yang ajar aku bagaimana
Di mana, Apa, dan bila
Yang ajar aku bertindak selari dengan usia
Yang ajari aku berpijak tenaga
Berseorangan. Ya.
Aku rindu semua
Di mana berbuka di kafeteria
Yang apabila azan sahaja, serentak berbuka
Di mana berterawih di dewan putra
Yang apabila sejadah panjang dan berdingin hawa
Di mana berbuka di tepi bilik kuliah
Yang apabila makan di kaki lima
Di mana ke bazaar menapak lama
Yang apabila tiba, peluh terpercik penuh di muka
Di mana sahur hanya berseorang di meja
Yang apabila diteman potret keluarga
Di mana rakan sentiasa bersama/
Yang apabila terlena, dikejut sederhana

Ya. Aku rindu.
Kenangan simpan dalam-dalam
Bersama salam kasih sayang.
Ya Tuhan, terima kasih atas kenangan ini. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment