By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Wajah tua di kaki lima

Sedang orang berpusu di jalan itu
Jalan diiring juadah bermutu
Ya. Disitu
Aku lihat kamu
Tegak bersama sepatu
Bersama si kecil itu
Di dalam kereta tolak duduk berteleku

Wajah tua itu
Setia memangku
Anak kecil istimewa
Yang kelainan upaya
Bersama sampul coklat berwarna
Dengan tulisan mohon bantuan

Aku terkesima
Aku seluk poket seluar
Aku cari
Aku gelabah
Aku cari lagi
Mana pergi
Ahh. kosong.
Aku hanya berjalan kosong
Tanpa sekeping. Kepingan bernilai.
Aku kecewa
Mengapa
Aku lantas menuju
Tanpa simpanan satu
Satu, dua atau tiga
Untuk mereka.

Si ibu wajah tua
Pucat berpuasa
Tidak gentar dipandang rupa
Biar dihina
Biar diseksa
Perjuangan tetap terus
Demi bahagia si anak.

Esoknya.
Aku nekad.
Cari mereka.
Mana.
Di mana mereka.
Aku pusing.
Pusing.
Dan pusing.
Tapi wajah mereka sudah tiada.
Aku terus berdoa
Semoga terus berusaha.
Kerana Allah sentiasa ada.
Percaya.

No comments:

Post a Comment