Bila sudah masuk, susah keluar.
Kadang
Bila mahu bersuara, kelu.
Hati meronta seolah macam nak bilang satu dunia
Apa ada dalam hati
Kamu tahu, kalau boleh satu dunia aku mahu beritahu
Rasa apa aku
Kecewa tahap mana aku
Sedih macam mana aku
Marah maksima atau tidak
Aku nak jerit di cuping telinga kamu
Biar kamu faham
Bila aku kenal banyak hati
Aku belajar. semak balik buku aku yang dulu
Yang koyak, tercarik banyak.
Walau yang aku sudah tampal dengan gam
Tetap tak sama.
Ada garis. Bekas.
Tak sama kan.
Bekas tetap tak hilang.
Konflik tetap terindah.
Ujian tetap terhebat.
Allah tetap Maha Luarbiasa.
Bila dulu.
Kita gaduh. Kau tolak aku, aku tolak kau.
Bila masing-masing jatuh, pandang sama-sama, bangun semula
Dan dengan gaduh kita tu
Kita belajar apa erti gaduh
Apa solusinya.
Apa puncanya
Apa kesannya
Dengan gaduh, masing-masing tahu kelemahan
Keburukan.
Hati
Lepas gaduh, pandang diri depan cermin.
Apa aku dah buat ni.
Tapi lepas gaduh tu.
Masing-masing tahu salah.
Sedar salah.
Kalau la aku tak buat macam ni kan.
Nampak tak kuasa Allah.
Hebat Allah. Dia uji, dia bagi sama bahagia.
Walau hakikatnya, gaduh bukan perang mulut
Atau perang tolak-menolak
Perang dalam hati.
Bukan apa.
Walau hakikatnya, gaduh tu bukan gaduh dengan orang.
Gaduh dengan diri sendiri.
Hakikatnya,
gaduh itu bukan hanya sesuatu yang negatif
Gaduh itu bukan sesi tumbuk menumbuk
Atau sesi hang dah kenapa, hang mai sini.
Gaduh itu bila mana aku tak puas hati dengan hang.
Di mana hang jugak adalah diri aku
Yang sentiasa takmau positif.
Contoh macam
Bila jatuh, mengeluh.
Macam mana boleh jatuh
Macam mana batu ni boleh ada depan aku.
Siapa yang tak puas hati dengan aku ni.
Terus campak batu jauh-jauh
Tak peduli orang belakang depan kiri kanan
Lepas tu hingar sehari suntuk tak henti
Semata sebab batu tu bikin luka.
Sampai terlupa
Batu tu yang buat usaha bangun bila dah jatuh
Batu tu yang buat kita cari "plaster" nak tampal luka.
Batu tu yang ajar kita usaha untuk bangun dan jalan balik.
Walaupun sakit.
Gaduh.
Jatuh.
Allah ajar kita tu.
Allah.
Semoga terus disisiku.
No comments:
Post a Comment