By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Gelap mencari terang.

Sedang aku berjalan
Gelap
Cerah
Gelap
Kembali cerah
Ahh. Gelap. Kali ini gelap lama.

Aku merangkak.
Merangkak takut-takut
Makin lama takut itu hilang.
Aku mula berdiri. Menapak.
Setapak. Setapak.
Makin lama aku bisa berlari.
Aku berlari
Walau dunia kini aku nampak gelap
Aku terus berlari walau aku tahu aku bisa jatuh
Bila-bila sahaja aku boleh tersungkur
Tidak mengapa.
Aku mahu terus mencari cahaya
Kerana jauh di sudut sana aku nampak cahaya.
Ya. Cahaya.

Sampai ketika
Tersungkur juga aku
Aku mahu bangun.
Aku mahu ke arah cahaya itu.
Aku bangun lagi.
Jatuh.

Diam.
Dalam hati ada titisan mengalir dalam hati
Titisan yang tidak mampu keluar melalui mata lagi
Bukan tidak mampu
Tetapi sudah tidak mahu.
Kerana pada waktu ini
Hanya mampu menangis dalam hati

Keliling aku
Aku nampak kamu
Aku nampak kelibat kamu lari ke sana ke mari
Aku nampak cecair merah di merata kawasan tubuh kamu
Aku nampak kamu tetap setia dengan senjata
dan aku nampak kamu dengan tangisan
Tetapi terus setia menghunus senjata
dan aku nampak kamu
Tapi bukan aku yang disisi

Aku mahu bangun.
Tapi gelap.

Jihad kamu bina dalam dirimu
Jihad kamu bina dalam akal fikiranmu
Jihad kamu bina dalam dunia batinmu
Dan jihad kamu bina mengiringi langkahmu
Jihad kamu kerana Tuhanmu. Agamamu.

Dalam tangisan.
Aku lihat keliling kamu
Lelaki. Wanita. Tua. Muda. Kanak-kanak.
Terus setia.
Jihad.
Terus berjuang
Walau yang lainnya ada sudah tidak berdaya.
Tersandar bersama luka.

Ibu kehilangan anaknya
Isteri kehilangan suaminya
Anak kehilangan ayahnya
Kakak kehilangan adiknya
Adik kehilangan abangnya
Datuk kehilangan cucunya
Tetapi satu di hati mereka, Allah tidak pernah hilang.

Tangisan membina semangat
Semangat membina kekuatan
Kekuatan membina kegagahan
Kegagahan membina kecekalan
Kecekalan membina keteguhan
Keteguhan membina perjuangan
Perjuangan membina kepuasan.
Kepuasan dalam perjuangan
Menegakkan kebenaran.
Kebenaran di jalan Allah.

Aku disini
Yang dalam gelap
Melihat dari jauh
Dengan tadahan tangan
Memohon pada Tuhan
Kuatkan hati mereka
Kuatkan hati aku
Agar terus teguh di jalanMU


*Berdoa untuk Mesir. Terus berdoa di setiap kali solat. Istiqamah dalam hajat dan tahajjud. Semoga kita terus dilindungi dan diberkati oleh Allah swt. Aaminn*



No comments:

Post a Comment