Untuk pertama kalinya.
Aku mahu panjat doa pada Yang Maha Esa
Untuk jalankan aku terus menuju
Walau dalam "dunia sebelahku".
Wahai Tuhan
Saat aku terbaring lesu
Atas pembaringan
Menunggu saat operasi "dunia sebelahku"
Aku bisu
Tidak henti menyebut namaMU
Genggam kuat tangan sendiri
Mengharap kekuatan semangat
Semangat yang hadir bersama Tuhan
Aku diam.
Terbayang wajah.
Wajah yang aku belum pernah tatap
Membayangkan wajah
Wajah yang aku belum pernah teliti
Wajah insan-insan mulia
Yang mengiring doa
Yang mengutus senyum
Yang mengirim dana
Aku tidak kenali
Aku tidak pernah teliti
Insan baik budi
Yang jasanya hanya Allah yang Maha Mengetahui
Aku mahu bangkit.
Bukti pada sekalian
Bukti pada yang sudi menabur budi
Bukti pada ibu ayah keluarga yang sentiasa di sisi
Bukti pada mereka yang sentiasa di hati
Aku mahu terus berlari
Kerana Allah sentiasa di sisi.
Untuk kalian.
Terima kasih atas bantuan.
Tuhan.
Khabarkan pada insan budiman
Aku tidak punya apa-apa untuk balasan.
Tapi aku usaha untuk kalian
Dengan kejayaan yang aku sedang perjuangkan
Agar kalian mampu mengutus senyuman
Melihat aku di garisan medan
Kerana sedikit bantuan kalian
Juga banyak bantuan Tuhan
Aku berjuang.
Walau masih harapkan
Bantuan "dunia sebelahku".
Aku di sini
Tersenyum buat kalian.
Terima kasih Tuhan
Terima kasih kalian.
No comments:
Post a Comment