By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Bila kata di hujung pentas

Bila kata di hujung pentas
Pentas bibir yang sering bertemu
Sehari bertemu entah berapa kali
Tidak bisa dibilang
Dan bila bertemu kadang bikin hati orang riang
Kadang bikin hati panas. Meluap.

Mudah kau bilang
Bila kau nampak aku senang
Senang dalam urusan
Senang dalam pekerjaan
Kau bilang, yaa engkau senang. 

Tapi,
Pernah kau nampak.
Pernah kau lihat.
Ujian aku bagaimana.
Perlu aku khabarkan semua ya?
Senang senang orang, ada susahnya.
Susah susah orang, ada senangnya.
Tuhan Maha Adil.

Dalam tenang aku, ada gelisahnya
Dalam gelisah aku, aku cari tenangnya
Dalam senang aku, ada susahnya
Dalam susah aku, aku sedar ada senangnya.

Yang aku tahu ujian buat aku,
Bukan untuk aku sahaja,
Juga untuk si insan sekeliling aku,
Ayah ibu aku, 
Abang kakak adik aku, 
Saudara mara aku, 
Insan yang selalu dekat dengan aku, 
Sebab aku pernah teliti
Bila mana seseorang itu diuji, 
Turut diuji sama orang-orang disisinya,
Maka bila mana aku rasa aku diuji, 
Sama ada berat atau ringan.
Aku perlu senyum.
Kerana aku sayang diri aku
Aku sayang insan di sisi aku
Dan paling tinggi aku sayang Tuhan aku
Jadi aku kena senyum. Lari dan kuat. 

Tak ada benda yang mudah.
Kesenangan juga ujian.
Bukan hanya kesusahan itu ujian.
Kita masih di atas jalan.
Jalan menuju Tuhan.
Senyum sepanjang perjalanan.
Perjalanan ciptaan Tuhan
Senyuman tanpa paksaan
Untuk Tuhan yang memberi perlindungan.

No comments:

Post a Comment