By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Yang aku simpan, hanya Allah yang mengerti

Hati ini,
sebak, diam, membisu.
Tatkala mendengar panahan kata
Walau bukan lontaran terus dari kamu
Berhadapan dengan aku
Aku rasakan.
Mendalam.
Menusuk terus.

Menolak diri
Atas sebab kekurangan yang dihadapi
Allah tahu
Allah tarik ada hikmah
Dan berita yang hadir ini juga
Bersama beribu hikmah.

Atas semua
Aku berdoa.
Aku terima.
Aku redha.
Kerana redha Allah,
Adalah segalanya.

No comments:

Post a Comment