By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Bila aku raya

Bila kau tanya,
Apa erti raya,
Yang keluar dari lubuk jiwa,
Insan ini yang tidak sempurna,
Aku tersenyum suka.

Suka.

Kerana raya aku,
Bila ramadan yang berlalu,
Membawa seribu,
Bukan hanya seribu,
Malah tidak terhitung jumlahnya itu
Betapa hadir bersama rindu
Juga menjadi jambatan ilmu
Buat insan kerdil seperti aku
Kerna ramadan itu
Bikin aku belajar lebih daripada sesuatu.

Bila aku raya,
Aku suka,
Bukan bermakna,
Aku lupa,
Ramadan yang berlalu bersama masa.

Tapi aku bahagia,
Ini hari kemenangan

Hadir raya yang bahagia,
Kerna ramadan itu aku terlalu bahagia.

 Bila kau tanya,
Apa erti raya,
Bagi diri ini yang tidak punya apa-apa,
Ini jawapannya.

Erti raya,
Bagi insan belum cukup sempurna,
Atau lebih tepat memang tidak sempurna,
Ialah apabila,
Dapat dengar takbir raya yang menyentuh jiwa,
Dapat melangkah ke rumah Allah bersama,
Dapat tenung wajah bonda ayahanda,
Dapat peluk cium keluarga kesayangan hamba,
Dapat temu mata saudara mara tercinta
Dapat senyum ketawa bersama sahabat jatuh bangun bersama
Dapat ziarah pusara insan yang sudah dijemputNya.

Kerana bagi aku,
Raya aku ialah keluarga aku,
Juga kesayangan aku.
Bersama iringan Dia yang sentiasa di sisi aku,.

Raya aku,
Tanda syukur aku,
Pada Tuhan aku,
Allah Yang Satu.

No comments:

Post a Comment