By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Bila kita rasa "kadang", kita sebenarnya tewas.

Bila jiwa merasa,
Kadang dan jika,
Aku tidak sebegini rupa,
Atau apa yang kita tak suka,
Kita akan kata,
kadang dan jika,
Alangkah indahnya,
Maka,
Kita sebenarnya,
Tewas dalam kotak suara,
Yang lantunkan kadang dan jika,
Kerana Allah aturkan semua,
Dengan hikmahnya,
Untuk apa,
Bilang kadang dan jika,
Kerana Dia buat apa,
Semua untuk bahagia kita.

Maafkanku Tuhan.

Bila jiwa merasa,
Situasi ini memaksa,
Hadapan aku ini terpaksa,
Paksaan ini bikin jiwa aku berduka,
Langsung kita terlupa,
Bila yang memaksa,
Bila yang terpaksa,
Bisa bertukar gembira,
Bisa bertukar ah indahnya,
Kerana dengan terpaksa,
Mana kita sangka,
Boleh berubah jadi wahh seronoknya.
Yang Maha Pencipta,
Punya aturan hebatNya.

Untuk semua,
Yang aku rasa,
Syukur padaNya,
Kerana sudi memberi rasa.


No comments:

Post a Comment