By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Perjalanan Ramadhan 1436 Hijrah

#Bahagian 1

1436 Hijrah,
Aku mencari arah,
Aku mencari langkah.
Arah dan langkah yang lebih terarah.

1436 Hijrah.
Niat itu terukir 1435 sudah,
namun langkah tidak melangkah,
arah tidak terarah.

1436 Hijrah,
Kali ini jangan menyerah.
Moga terus istiqamah.
Kerana masihkah ada 1437 Hijrah?

1436 Hijrah,
Kaki melangkah.
Walau mata melilau mencari arah.
Walau kaki tergagap menjejak langkah.

Allah.
Ya Rasulullah.

Allah.
Terimalah.
Tingkatkanlah.
Amal ibadah.
Hanya padaMu kami berserah.

Ramadhan 1436 Hijrah,
Terus bersama kami melangkah.
Dengan gagah dan tabah.
Kerana kami kerap rebah,
Dan jatuh mengaku kalah.

Allah.
Kami tahu Ramadhan tetap melangkah.
Namun Ya Allah,
Jangan biarkan kami berhenti melangkah.
Binalah hati kami dengan semangat tabah,
Bersama istiqamah dengan ibadah 1436 Hijrah.
Malah semakin bertambah dan bertambah.
Tujuannya hanya satu Ya Allah,
Mencari RedhaMu Ya Allah.
Dan mengharap kekasihMu turut tersenyum ketika kami melangkah.
Tika dihimpunkan untuk ditimbang yang mana benar yang mana salah.

Allah...
Kami mengharap redhaMu Ya Allah.


13 Julai 2015
10.13 malam.
Kolej kediaman.
Malam 27 Ramadhan.




No comments:

Post a Comment