Ikat bata pasang marmar
Hari ini,
Pagi-pagi lagi ibu sudah bersiap,
Ingatkan mahu ke mana,
Rupanya di luar rumah sahaja.
Ibu bersiap dengan mesin gerudi,
Besi pengetuk,
Pemutar skru,
Dan
Jiwa dan semangat.
Hari ini,
Misi ibu ketuk simen,
Untuk pasang marmar di hadapan.
Gigih ibu.
Dengan panas tanpa payung teduhan,
Tapi itulah ibu,
Jika ibu mahu,
Ibu pasti bikin sampai cukup waktu,
Mahu dibantu,
Tapi ibu bilang tidak perlu.
Itulah ibu.
Semangat ibu itu,
Tanam dalam diri aku,
Tetapi kadang kala seorang aku,
Tewas dengan putus asa dan buntu.
Hari ini,
ketuk simen semahu-mahu,
Hari sebelum ikat bata bikin pagar pasu.
Ayah dan ibu,
Begitulah mereka menghabis waktu,
Berdua bersatu,
Bukan apa.
Mereka puas,
Bikin sesuatu dengan tangan yang diizin pinjam,
Sementara belum diambil oleh Tuan empunya.
Allah,
Tuhan,
Maha Pencipta,
Redhakanlah perjalanan ayah dan ibu.
Ibu,
Pinjam semangat dan kegigihan ya?
140216
Ahad
9:38 pagi waktu Malaysia
Ipoh, Perak.
No comments:
Post a Comment